Monday, April 13, 2009
Pesanan Terakhir Untuk Ahli Dan Pemimpin UMNO
>> http://Blog1Malaysia.blogspot.com <<
>> http://Blog1Malaysia.blogspot.com <<
>> http://Blog1Malaysia.blogspot.com <<
Saturday, April 04, 2009
Beri Sokongan Padu Kepada Datuk Seri Najib
Ternyata putar belit pembangkang dan taktik ‘halus’ mereka tidak berjaya.
Di sini jelas terserlah kewibawaan pemimpin UMNO dalam mendepani sebarang situasi yang kritikal. Cari kebenarannya di sini >> http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Ahli-ahli UMNO perlu memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Najib untuk mengemudi negara dan parti. Terimalah perubahan yang bakal dilaksanakan olehnya.
Buanglah segala persepsi yang tiada kebenarannya.
Janganlah kita menghukum seseorang tanpa mengetahui hakikat yang sebenar-benarnya. Berlaku adillah untuk semua.
Percayalah, hanya kebenaran yang akan menang.
Tuesday, March 31, 2009
Lembaga Disiplin UMNO Hilang Kredibiliti
Ini juga akan mengurangkan lagi keyakinan rakyat kepada UMNO.
Mana-mana calon yang telah dikenakan tindakan tetap akan dilucutkan jawatan yang dimenanginya demi kepentingan parti..
Thursday, March 26, 2009
Menang Sorak, Kampung Tergadai..
Mungkin bagi sesetengah orang, keputusan adalah sudah dijangka dan mungkin diluar jangka.. Bagi saya, ia bukanlah satu kejutan. Begitulah keputusan yang berikutnya.
Sudah menjadi adat pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang..
Terimalah dengan hati terbuka..
Mungkin ada yang ketawa dan mungkin ada yang akan diketawakan..
Tetapi, saya yakin yang ketawa tidak akan mengambil masa yang agak lama untuk ketawa.
Sebenarnya tidak sukar untuk mengawal hanya 700 orang lebih perwakilan setiap sayap-sayap parti.
Calon hanya perlu mengawal 191 orang ketua pemuda bahagian sahaja. Manakala ketua pemuda bahagian akan mengawal naib dan 2 orang lagi perwakilan.
Adakah 700 orang lebih ini adalah suara dari akar umbi atau suara dari calon atau ketua perhubungan negeri dan ketua pemuda bahagian masing-masing?
Mungkin calon dan pihak media boleh mengalihkan pandangan hanya 700 orang lebih perwakilan tersebut daripada ‘hentakan kuat’ pada pilihanraya yang lepas.
Tetapi adakah pandangan jutaan rakyat terutama generasi muda akan berubah?
Fikir dan renungkan..
Berpijaklah di bumi yang nyata..
Saturday, March 21, 2009
PEMILIHAN PARTI – PESANAN UNTUK PERWAKILAN UMNO
Anak buaya mati di pantai,
Niat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
Pokok beringin di tepi huma,
Pucuk melempai ke dalam belukar,
Hati ingin memetik bunga,
Bunga dilingkung ular yang besar.
Bunga anggerik pohon tebalu,
Buah berangan dari Jawa,
Kalau cerdik fikir dulu,
Jangan pihak lawan ketawa.
Monday, February 02, 2009
Amaran Kepada Pemimpin Melayu
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
DIHARAP 'MESEJ' YANG INGIN DISAMPAIKAN MELALUI KETIGA-TIGA LAMAN BLOG TERSEBUT AKAN SAMPAI KEPADA SEMUA PERWAKILAN..
SELAMAT BERSIDANG..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1. Pertahankan Perlembagaan Malaysia
2. Jangan jual negara
3. Hak istimewa orang melayu
Perlu diingat bahawa perjuangan orang Melayu sekadar mempertahankan hak yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan dan tidak sekali-kali meminta hak orang lain, apatah lagi untuk merampas semula apa yang telah diberikan kepada kaum lain.
KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
Tulisan di atas dipetik daripada laman blog di bawah untuk sama-sama kita fikir, bermuhasabah diri dan renung-renungkan:
http://deklarasijandabaik.blogspot.com
http://deklarasijandabaik.blogspot.com
( Petikan ucapan dan pesanan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan pada malam 31 Ogos 1957 - Buku ‘50 Tahun Pendakian Ke Puncak Emas’ )
“ Ini merupakan detik paling bermakna dalam kehidupan rakyat Tanah Melayu, detik tengah malam menandakan lahirnya sebuah Negara baru yang bebas dan merdeka. Kepada semua rakyat Tanah Melayu, inilah detik yang ditentukan, detik yang telah lama kita doakan- detik kebahagiaan dan kegembiraan. Berdoalah kepada Tuhan, sama ada di masjid, kuil, gereja atau di rumah untuk mengucapkan kesyukuran dan terima kasih di atas rahmat dan kurniaan-Nya ini. Ini adalah kebebasan untuk rakyat Tanah Melayu dan sebaik sahaja api kebebasan dinyalakan, biarlah kita sama-sama menjulangnya setinggi termampu agar semua dikeliling kita dapat menikmati kegemerlapannya…..…….
( Bersambung di ‘komen’)
ASAS DAN TUJUAN PERJUANGAN UMNO
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Mutiara Kata Untuk Pemuda UMNO
( Dr. Nathaniel Branden )
( Presiden Sukarno )
( Md. Taib Mat )
( Robert E. Staub II )
Wednesday, January 21, 2009
Idea Bernas Atau Loya Buruk?
Hebat Berdebat Dan Hebat Berpidato
-Tong Kosong, Dendang lagu lama
-Terlebih pandai sangat bercakap sehingga lupa nak ambil tindakan sempurna dan menguruskan parti dan rakyat dengan elok.
Pemuda Berani, Berani Berubah Dan Semangat Setiakawan
-Temberang
-Kalau tak hulur.. ‘No Vote For U’. ( Malu saya nak cakap )
-Jangan ingat hanya duit dan kuasa sahaja yang akan memenangkan anda. Pengetahuan dan kebijaksaan tetap paling atas.
-Takut untuk menyatakan kebenaran. Cakap mesti ikut bos bukan ikut rakyat.
-Tunggu apa akan jadi pada anak bangsa anda sendiri.
Meremajakan UMNO
-Takut kepada bayang2.
-Pilihlah ‘penyakit tua’ UMNO yang tak mungkin boleh diubat oleh pemimpin senior terutama rasuah.
-Tunggu rakyat menolak secara ‘total’ apabila mereka sudah muak dan bosan.
Sunday, December 21, 2008
(( RENUNGKAN )) KE MANA KITA MAHU PERGI?
Saya hendak menyerahkan kalau boleh UMNO yang lebih baik lagi kepada generasi akan datang. UMNO yang mempunyai rekod yang baik dan kemudian ditambah baikkan lagi dengan pencapaian-pencapaian tertentu. ( Sorry!! Kalau ada yang perasan dan kata UMNO adalah milik persendirian atau Sdn Bhd ataupun untuk kroni-kroni sahaja ). Saya hendak ahli-ahli UMNO berakhlak mulia mengamalkan amalan agama dengan baik. Tidak mengamalkan amalan yang ditegah oleh agama. Saya hendak ahli UMNO tidak berebut jawatan tapi mereka sedar bahawa jawatan yang diberikan adalah untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. ( Agama - Islam, Bangsa - Melayu, Negara - Malaysia ). Jadi saya hendak serahkan UMNO kepada generasi yang sanggup memperjuangkan nasib orang Melayu. Jangan sampai nanti kita terlalu memikirkan hak orang lain dan kehendak orang lain sehingga kita lupa pada hak dan kehendak orang Melayu. Ini yang saya cukup bimbang kerana asakan-asakan oleh kaum-kaum lain cukup tinggi sejak kebelakangan ini. Jadi kalau pemimpin kita menyerah, apa yang kita ada akan semakin terhakis. Ini menyebabkan ahli-ahli parti khasnya dan masyarakat Melayu amnya hilang kepercayaan kepada UMNO. Jika itu berlaku orang Melayu tidak akan bersama UMNO lagi. Jadi kita nak serahkan UMNO kepada mereka yang mempunyai akhlak yang lebih baik dan mereka yang boleh mencipta kejayaan-kejayaan lebih baik dari segi ekonomi dan pendidikan di masa akan datang.
Wednesday, December 10, 2008
AMALAN DAN GAYA KEPIMPINAN PEMUDA PERLU DIPERBAIKI
1. Bersedia untuk belajar kerana dirinya dirasakan belum sempurna.
2. Berani memberikan jawapan tegas kepada sesuatu persoalan yang timbul.
3. Berupaya memudahkan semua kerja terutama untuk orang bawahannya.
4. Mempunyai perhubungan yang baik dengan semua orang.
5. Pandai membahagikan masa khususnya antara masa bertugas dengan masa di luar tugas.
6. Tidak cepat berputus asa dan patah semangat dengan pelbagai kerenah dan masalah yang dihadapi.
7. Mahu berbincang dengan sesiapa sahaja tentang sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti.
8. Tahu mengagihkan tugas supaya orang bawahan mendapat pengalaman dan dapat berkembang.
Amalan kepimpinan yang tidak baik :-
1. Mereka tidak mahu belajar daripada kesilapan masa lepas sama ada yang yang dilakukan oleh orang lain atau diri sendiri, bahkan cepat lupa dan berulang melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai orang ramai yang akhirnya membawa padah yang besar kepada dirinya.
2. Mereka tidak mahu mengambil, memulakan atau menggerakkan sesuatu inisiatif tetapi mengharapkan orang lain memulakan sesuatu menyebabkan mereka dilihat sebagai pemimpin yang lemah dan tidak dinamik.
3. Mereka tidak mengambil tindakan yang cepat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul tetapi membiarkannya begitu sahaja dengan harapan ia akan hilang dengan sendiri yang akhirnya menjadi bertambah kusut dan sukar diatasi.
4. Mereka selalu menekankan kepada siapa yang betul atau salah dan lupa pada persoalan lebih penting, iaitu apa yang betul atau salah.
5. Mereka tidak menggunakan kedudukan kepimpinan sebagai penyatu kumpulan, tetapi sebagai alat memanipulasikannya padahal salah satu fungsi jawatan yang disandang adalah untuk menyatukan orang yang dipimpin.
6. Mereka tidak berperanan seperti yang diharapkan, sehingga mereka dilihat sebagai orang yang tidak boleh diharap.
Wednesday, November 26, 2008
Aktiviti Pemuda Di Cawangan Dan Bahagian
- Gotong royong.
- Sukaneka dan pertandingan sukan.
- Kursus/ program atau ceramah untuk remaja dan belia.*
- Lawatan bermaklumat.
- Program kemasyarakatan.*
- Konvensyen pemuda.
- Sambutan hari kemerdekaan dan hari2 penting yang lain.
- Expidisi, perarakan, konvoi dan sebagainya.
* Perlu diberikan penekanan.
Saturday, November 15, 2008
PEMIMPIN PEMUDA BAHAGIAN JANGAN ‘GOYANG KAKI’
Kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian mesti hebat.
Hebat bukan hanya dari segi personaliti dan percakapan serta karisma semata2. Sebaliknya, fokus ‘kehebatan’ Ketua Pemuda UMNO bahagian mesti dilihat dari segi cara menyelesaikan dan keberkesanan kerja yang dijalankan bersama2 ahli jawatankuasa yang lain.
Terus terang saya katakan, kepimpinan pemuda di peringkat bahagian tidak mengambil serius mengenai agenda parti dan pergerakan pemuda di bahagian masing2. Saya tidak nampak fungsi mereka. Taktahulah kalau saya yang rabun ;-)
Yang nampak, mereka ( termasuk AJK ) hanya mencari projek dan memenuhi tandatangan projek2 yang bakal dijalankan untuk masuk ke dalam poket masing2 :-)
Kalau nampak sedikit kerja mereka pun hanya semasa pilihanraya atau proses pemilihan parti sahaja.
Pemimpin pemuda bahagian sepatutnya memberi fokus UTAMA kepada :-
- 'post-mortem' kemenangan dan kegagalan bahagian masing2 dalam pilihanraya yang lepas. Mengkaji langkah2 mengekalkan dan mengatasinya.
- sentiasa turun padang untuk memahami situasi dan menyelesaikan masalah2 pemuda di peringkat cawangan.
- memastikan kelancaran kemasukan dan pendaftaran ahli baru.
- semua biro di bahagian perlu aktif. Jangan ada nama je :-)